Sayu : Jasad pasangan tunang terkulai .. kereta viva dipandu bertembung pacuan 4 roda (8Gambar)

loading...
Sayu : Jasad pasangan tunang terkulai .. kereta viva dipandu bertembung pacuan 4 roda (8Gambar)
JOHOR BAHRU : Seorang lelaki dan seorang wanita, dipercayai telah bertunang, maut apabila Perodua Viva yang dinaiki mereka bertembung dengan sebuah pacuan empat roda di persimpangan Plaza Tol Pagoh, di Pagoh, tengah hari tadi.
Mangsa wanita dikenali dengan nama Nur Ayu Syuhada Amiluddin 21', foto pengenalan beliau viral dimedia sosial kerana orang awam gagal menghubungi waris arwah disebabkan telefon bimbit milik mangsa lock.

Identiti lelaki masih belum dikenal pasti 





Identiti lelaki masih belum dikenal pasti,lelaki itu berumur 35 tahun dan wanita berusia 21 tahun meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di bahagian kepala dan badan.
"Menurut siasatan awal, kemalangan itu dipercayai berlaku apabila kereta Perodua Viva yang dipandu mangsa lelaki sedang membelok dari arah tol Pagoh ke Muar telah bertembung dengan pacuan empat roda dari arah pekan Pagoh ke Muar," kata beliau ketika dihubungi.
Azman berkata mayat kedua mangsa dihantar ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) untuk bedah siasat manakala pemandu pacuan empat roda menerima rawatan di Klinik Kesihatan Pagoh.  Al fatihah 
loading...

0 Response to "Sayu : Jasad pasangan tunang terkulai .. kereta viva dipandu bertembung pacuan 4 roda (8Gambar)"

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close