Mengenal Jam Tangan Casio G-Shock Yang Original, Model Dan Keluarannya

loading...
Mengenal Jam Tangan Casio G-Shock Yang Original, Model Dan Keluarannya


Pada masa kini, trending memakai `jam getah’ jenama terkenal Casio telah menjadi kegilaan pelbagai peringkat umur. Namun, apa yang menyebabkan pemilik jam ini keliru adalah dari segi keaslian dan juga asal keluaran. Seperti yang kita ketahui, ada juga jam G-shock ini mempunyai tag keluaran Thailand, Indonesia, China dan juga Jepun.
Keadaan ini menyebabkan peminat, pengumpul dan penjual jam G-Shock keliru berkenaan tempat pembuatan jam Casio G-Shock sebenar. Ini adalah kerana model jam G-Shock kadangkala mempunyai model yang sama tetapi dikilangkan di negara berlainan.
Bagi menyelesaikan masalah ini, berikut disenaraikan maklumat lengkap, no siri model tempat pembuatan jam Casio G-Shock yang perlu anda ketahui :

Kilang Casio Yamagata, Jepun

Kilang premium Casio adalah khusus untuk pembuatan dan pertukangan jam yang tertinggi dalam kelasnya tersendiri, kesemua model dihasilkan merupakan model Aras Tinggi ataupun Finest Level Watch Making. Antara model-model yang dihasilkan sepenuhnya di kilang ini ialah seperti ;
  1. Master of G – Frogman (kesemua model Frogman dari model sulung DW-6300 hingga ke model generasi terkini, GW-1000 ataupun GF-1000.
  2. Model FS dan VT untuk model DW-6900FS dan DW-5600VT untuk kolaborasi dengan jenama tempatan yang terkenal di Jepun seperti siri animasi, automotif, makanan/minuman, fesyen pakaian/kasut, pasukan besbol ataupun bola sepak tempatan Jepun. Kebiasan model ini ialah untuk hadiah ataupun ‘gift watch’ kepada kakitangan yang berkhidmat dengan syarikat berkenaan.
  3. Model solar atomik petak GW-5000. Model ini dikhusus pembuatan di Jepun disebabkan model ini merupakan model ‘origin’ ataupun tempat lahir model pertama G-Shock DW-5000 pada bulan April, tahun 1983.
  4. Model ulang tahun seperti edisi ke 30 G-Shock dimana model petak DW-5030C, GW-T5030C dikhusus juga dalam pembuatan ini untuk mengekalkan statusnya sebagai model sulung G-Shock yang berada di pasaran selama 3 dekad.
  5. Kilang Yamagata juga menghasilkan model-model Casio Protrek premium yang khusus untuk pasaran Jepun sahaja. Sebagai contoh model seperti PRW-2000A, PRW-5000, PRW-5100, PRW-S5100, PRW-5050, PRW-6000, PRX-7000 dan PRX-8000.
  6. Model yang lain juga di hasilkan ialah MRG, MTG dan Oceanus. Model MRG dan MTG merupakan model G-Shock yang paling tinggi dan termahal disebabkan faktor penggunaan bahan mentah yang berkualiti tinggi seperti Titanium dan Gred Besi Tahan Karat yang terbaik ataupun dipanggil ‘Refined Material’. Manakala Oceanus pula ianya adalah kesemua teknologi G-Shock dalam casis jam Rolex, Oris yang lebih nipis dan elegan.
  7. Model aviator. Sebagai contoh model seperti GW-A1000, GW-A1100, GPW-1000, GW-3000, GW-3500 dan GW-4000.
  8. Kebiasaan kod kilang premium akan di tempa dengan huruf Y, H, K dan P pada permukaan belakang jam. Kod ini merupakan kod pengeluaran standard yang dijamin kualiti ditahap tertinggi.

Kilang Casio Thailand, Thailand

Kilang pertengahan ini ditubuhkan pada sekitar tahun 2003 dengan kapasiti menghasilkan model pertengahan kepada pasaran global. Model-model yang dihasilkan di sini ialah seperti :
  1. Model Master of G – Mudman G-9000, G-9300/GW-9300. Gulfman G-9100/GR-9110/GW-9110. Riseman GW-9200/GW-9200J/G-9200. Rangeman GW-9400/GW-9400J.
  2. Model DW-5600/DW-6900, G-5600/GW-5600, G-6900/GW-6900.
  3. Model Protrek siri PRG: PRG-40, PRG-50, PRG-60, PRG-70, PRG-80, PRG-90, PRG-100, PRG-110, PRG-130, PRG-240, PRG-250, PRG-260, PRG-270, PRG-280 dan PRW-3000.
  4. Model GDX-6900 & GBA-400, G-8000, G-8100.
  5. Model aviator pertengahan: G-1050, G-1200, G-1250, G-1400 dan G-1500
Namun demikian, semasa berlaku bencana banjir besar di Thailand pada tahun 2011 di mana ianya telahpun melumpuhkan operasi kilang Casio di Thailand, maka sesetengah batch pengeluaran model Master of G terpaksa dipindahkan sementara ke asal iaitu kilang Casio Yamagata di Jepun untuk menampung permintaannya. Oleh itu, model-model Master of G seperti Riseman G-9200 dan Mudman G-9300 pada tahun 2011/2012 akan mempunyai kod huruf `Japan Y’ dibelakang jam tersebut yang menunjukkan ia dikeluarkan oleh kilang Casio di Jepun. Manakala bagi model Master of G Mudman G-9000 dan Gulfman G-9100/GR-9110/GW-9110 pula dipindahkan di kilang Casio China. Pada tahun 2013, model-model Master of G ini dipindah kembali ke kilang asalnya di Thailand yang baru di utara Thailand.

Kilang Casio GuangZhou, China

Kilang permulaan ini merupakan tempat pembuatan kesemua model asas jam Casio termasuk model G-Shock yang tidak memerlukan kepakaran yang tinggi bagi memasang fungsi yang kompleks. Antara model-model yang dihasilkan ialah oleh kilang ini adalah seperti model berikut :
  1. DW-6900-1V/DW-6900G/DW-5600E/DW-5600G.
  2. Model Xtra Large GA-100/GA-110/GA-120/GA-150/GA-200/GA-210/GA-300/GA-300/GA-310/GA-400/GD-100/GD-200/GD-350/GD-400.
  3. Model siri 7900 : G-7900, G-7900A, GR-7900, GW-7900.
  4. Model siri 8900 : GLS-8900, GW-8900, GWX-8900.
  5. Model siri GLX : GLX-150, GLX-5600, GLX-6900.
  6. Model siri M5610 : GW-M5610, GW-M5610B, GW-M5610NV, GW-M5610KG dan model-model yang setaraf.
  7. Model standard yang lain seperti AWG-M100 & AWG-M510, GW-M500/GW-M500F.
  8. Kod yang biasa ditempa di belakang jam ialah DH.
Kilang Thailand ataupun China bertanggungjawab sepenuhnya dalam proses pemasangan ataupun CKD (Complete Knock Down), hanya model-model dari kilang premium Yamagata Casio Jepun saja ialah CBU (Complete Built Unit) sepenuhnya. Untuk perkataan Cased in Thailand ataupun China yang biasanya dijumpai pada model jarum dengan angka ataupun dengan jarum, perlu diingatkan bahawa kesemua modul jam ini direka di Casio Jepun.

Tali jam, strap, buckle G-Shock

Mengenai tali dan buckle pula, terdapat yang buatan Jepun, China dan Indonesia. Kebiasaan model standard warna hitam biasanya akan dibuat oleh Casio Jepun sebagai sampel sebelum dipindahkan pada dua kilang yang lain untuk pengeluaran penuh. Sesetengah model yang mempunyai warna ataupun lapisan berkilau akan diselia sepenuhnya oleh Casio Jepun. Setelah kedua-dua pembekal bahan mentah ke kilang Thailand dan China lulus dalam ujian sampel QC oleh Casio Jepun, maka lampu hijau akan diberikan kepada mereka bagi mengeluarkan produk tersebut. Pengeluaran produk ini diselia, dikawal sepenuhnya oleh Casio Jepun.
G Shock Japan White Jelly Wccs G Shock Japan
WCCS G Shock Japan K

Carian Berkaitan

jam g shock yang popular, kilang gshock dunia, model g shock di cari

Artikel Berkaitan

loading...

0 Response to "Mengenal Jam Tangan Casio G-Shock Yang Original, Model Dan Keluarannya"

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close