MASYALLAH..MEMANG TAK SANGKA BERLAKU DEPAN MATA...MALAM TUUU TERDENGAR KATIL ASRAMA BERBUNYI INGAT ADA KES BULI PELAJAR..RUPA-RUPANYA MEREKA MELAKUKAN PERBUATAN HARAM JUNIOR DENGAN SENIOR

loading...
Katil bergegar bongkar junior diliwat senior di Melaka
[​IMG]

Foto hiasan.
JASIN – Tanda tanya kejadian katil salah seorang pesalah juvenil bergegar ketika rakan sel lain tidur terjawab apabila dia dipercayai menjadi mangsa liwat di sebuah pusat tahanan di sini, Rabu lalu.
Remaja lelaki berusia 18 tahun yang baru beberapa bulan menghuni pusat tersebut percayai diperlakukan sedemikian oleh seniornya dalam kejadian kira-kira jam 11.30 malam.
Difahamkan, kejadian itu disedari penghuni lain di dalam sel yang menempatkan lebih 20 penghuni itu sebelum bertindak memaklumkan kepada pegawai penjara keesokan hari.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah, Asisten Komisioner Kamaluddin Kassim berkata, pegawai penjara berkenaan membawa mangsa membuat pemeriksaan sebelum pegawai perubatan di pusat tahanan tersebut mengesahkan terdapat kesan perlakuan tidak senonoh terhadap anggota tubuhnya.
“Keadaan mencurigakan itu disedari penghuni lain yang masih belum tidur tanpa suspek sedari. Penghuni berkenaan kemudian memberitahu pegawai penjara sebelum laporan dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jasin kira-kira jam 4.45 petang Khamis.
“Siasatan awal mendapati, kejadian itu dipercayai pertama kali dilakukan terhadap mangsa oleh suspek berusia 21 tahun dan dijadualkan tamat tempoh tahanan Februari ini,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, di sini, semalam.
Menurutnya, mangsa yang menghuni pusat tersebut kira-kira enam bulan lalu menjalani hukuman atas kesalahan di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan sementara suspek dijatuhi hukuman membabitkan kesalahan Seksyen 379A Kanun Keseksaan.
“Suspek akan ditahan dalam masa terdekat untuk disiasat di bawah Seksyen 377C Kanun Keseksaan kerana melakukan perbuatan luar tabii tanpa kerelaan,” katanya. – Sinar
loading...

0 Response to "MASYALLAH..MEMANG TAK SANGKA BERLAKU DEPAN MATA...MALAM TUUU TERDENGAR KATIL ASRAMA BERBUNYI INGAT ADA KES BULI PELAJAR..RUPA-RUPANYA MEREKA MELAKUKAN PERBUATAN HARAM JUNIOR DENGAN SENIOR"

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close