DS Jamal Nak Jadi Presiden FAS. Inilah Komen PEDAS Kelab Penyokong Selangor Buat DS JAMAL !!!

loading...
DS Jamal Nak Jadi Presiden FAS. Inilah Komen PEDAS Kelab Penyokong Selangor Buat DS JAMAL !!! | KUALA LUMPUR: Gabungan Kelab Penyokong Selangor (GFCS) menyelar tindakan Datuk Seri Jamal Yunos yang disifatkan cuba menangguk di air yang keruh apabila memasang impian bergelar Presiden Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS).
Penaungnya, Datuk Adam Rosly mendesak Jamal agar tidak mempolitikkan kemelut yang melanda badan induk bola sepak negeri itu dan menjadikan situasi ini sebagai batu loncatan untuk menjadi popular.
“Tindakan Presiden, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali melepaskan jawatannya tidak bermakna persatuan itu harus dipimpin oleh individu sembarangan dan menjadikan batu loncatan mendaki hirarki dalam politik.
“Amat menghairankan apabila tiba-tiba beliau berminat dengan urusan bola sepak yang selama ini tidak pernah diambil kisah.
“Kami ingin menasihatkan beliau agar lupakan sahaja angan-angan untuk menjadi Presiden FAS kerana jelas ia hanya akan menghuru-harakan keadaan lagi,” katanya dalam satu siaran media yang diedarkan hari ini.
Dalam masa sama, Adam turut menyifatkan impian Jamal untuk membawa bola sepak Selangor setanding dengan pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) sebagai kenyataan yang melucukan.
“Sebagai penyokong setia, semua peminat tahu kedua-dua pasukan berada pada kelas tersendiri dan berada pada era kegemilangan masing-masing. “Lagipun, mengenang sejarah Sekinchan Ikan Bakar sudah cukup menunjukkan Jamal bukanlah calon sesuai untuk mengemudi FAS ke tahap lebih baik.
“Fahamilah bahawa FAS ini perlu dirombak sepenuhnya bukan sekadar tukar Presiden sahaja,” katanya.
BH Sukan semalam melaporkan Jamal bersedia untuk mengangkat Selangor menjadi setanding dengan pasukan Harimau Selatan itu andai diangkat menjadi Presiden FAS.
Malah, beliau turut menjanjikan untuk menyelesaikan tunggakan gaji membabitkan pemain dalam tempoh 14 hari selepas dilantik menerajui persatuan terbabit.
loading...

0 Response to "DS Jamal Nak Jadi Presiden FAS. Inilah Komen PEDAS Kelab Penyokong Selangor Buat DS JAMAL !!!"

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close