Saya Dijadikan Kambing Hitam.-Adlin Aman Ramlie

loading...
Saya Dijadikan Kambing Hitam.-Adlin Aman Ramlie
Adlin Aman Ramlie

KUALA LUMPUR - Pelakon dan pelawak Adlin Aman Ramlie mengakui menjadi mangsa perangkap dan dijadikan kambing hitam oleh sebuah syarikat rangkaian pelaburan haram sehingga ditahan pihak polis pada 20 Julai lalu.

Adlin, 44, yang ditemui pada sidang akhbar khas di Sri Pentas, Bandar Utama hari ini, menjelaskan, sebaliknya dia ditahan pihak polis pada tarikh tersebut untuk membantu siasatan.

"Tujuan saya mengadakan sidang akhbar ini adalah bagi menjelaskan salah faham tentang beberapa perkara berkaitan penangkapan saya yang diperkatakan oleh pihak media dan juga di laman sosial.

"Pertama, saya mengakui diperangkap dan dijadikan kambing hitam oleh sebuah syarikat pelaburan haram membabitkan kes penipuan pelaburan," katanya.

"Kedua, saya menafikan sekeras-kerasnya ditahan reman selama empat hari seperti yang didakwa dalam banyak laporan media sebelum ini. Saya hanya ditahan dalam tempoh kurang 24 jam sahaja sebelum dibenarkan pulang dengan jaminan polis pada keesokan harinya (21 Julai).

"Diharapkan dengan penjelasan ini akan membersihkan nama saya yang menjadi mangsa spekulasi orang ramai di media sosial," ujarnya. - Kosmo Online
loading...
loading...

0 Response to "Saya Dijadikan Kambing Hitam.-Adlin Aman Ramlie"

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close