Penipuan VIRAL Di Mudah.My. Aku Ingat Transaksi COD Paling Selamat TETAPI…

loading...
Penipuan VIRAL Di Mudah.My. Aku Ingat Transaksi COD Paling Selamat TETAPI…… | Saya dah kena, dan just nak bagi peringatan kepada pengguna2 mudah.my agar lebih berhati2 setiap kali transaksi, korang ingat buat COD selamat lah? Ada lagi lubang nak tipu!
10
10.15 PM
Dapat whatsapp dari penyangak, tanya Handphone yang dijual sama ada dah terjual, okeh, aku jawab okay, still available.dia pura2 tanya berminat, tanya pasal phone. tiada langsung syak wasangka yang aku bakal ditipu!
10.42PM
Penyangak kata dia lambat sikit, dari sungai buloh katanya, x ingat jalan la bang, postpone 11.30 PM boleh? – aku rasa dia scouting tempat tu dulu cari port yang sesuai-
11.35 PM
Penyangak sampai di restoran mamak, tempat yang dijanjikan berjumpa. dia belek2 phone, tanya2 tengok2, Teliti OKAY! cuba tawar menawar, ok lah aku bagi la diskaun sikit. memang x nampak lagi modus operandi penipuannya.
Borak sikit dengan penyagak tu, tanya dari mana, kerja apa. di katanya kerja kat hospital sungai buloh, tapi duk di bukit rahman putra. eh ? tadi kata dari sungai buloh? ade a few red flags yang aku rasa pelik, aku ada kawan yang kerja kat sana, tp x kenal! however sebab bersangka baik, let it off
11.50 PM
Penyangak kata okeh, jadi la mcm ni, tp dia cakap x bawak duit nak beli, “bang, duit x de ni, nak kene withdraw dulu.” saya kata ” okay cepat lah, nant tutup bank, pukul 12 bank2 malaysia ni tido” penyangak terus membayar air yang saya dan dia minum kat mamak tu. Memang air mamak paling mahal pernah aku bayar, bayar harga handphone tu!
11.55PM
Aku naik moto dengan penyangak, ke hong leong bank, di umpannya supaya phone diletakkan dalam bakul motor, “letak la dulu phone tu bang, nanti jatuh naik moto” . okay, letak lah
11.57 PM
Sampai di bank, “bank dah tak boleh kuar duit la bang, ape kata kita tnggu dulu dalam setengah jam lg, kat mamak nanti maybank bukak balik, boleh withdraw” , “ok lah, saya pun x de la nak cepat sngat,”(walhal dah mengantuk). “ok macam tu kita balik mamak tadi” “eh x boleh, malu la datang balik, cari mamak lain, lagipun ramai sngat nak order, lambat!”
Dibawanya saya pusing atas motornya sekeliling shoplot tu, dan tiba2 dia berhenti di depan satu mamak lain yang kureng sikit orang nya dan agak gelap.
“Ni okay gak bang, kurang orang skit, cepat sikit order” saya diturunkan disitu , beliau terus pecut motor sambil senyum sinis meninggalkan ku tercengang, confused and shocked.
1 saat lepas tu, datang kat kepala. AKU SUDAH TERKENA
LESSON LEARNT
1) Pilih tempat yang terang, ramai orang dan jangan berganjak dari situ !!! Elok plih tempat yang ada CCTV (kalo boleh HD),so apa2 jadi kat situ, boleh recall balik
2) Jangan terpedaya dengan teknik phishing, cuba mengumpan anda ke tempat yang strategik bagi jenayah, alasan seperti nak pergi withdraw duit, etc, x boleh pakai, jangan tertipu!
3) Elakkan urusan lewat malam, anda pun dah mengantuk, dah kurang alert kepada penyagak2 nih
4) Kalau ada red flag dalam story dia, be careful, anda mungkin sedang berhadapan dengan seorang scammer!
4) Sentiasa berwaspada, ini scam artist, memang kerja dia siang malam pikir macama mana nak tipu kau dan aku, esok dia pikir teknik lain pulak
loading...

0 Response to "Penipuan VIRAL Di Mudah.My. Aku Ingat Transaksi COD Paling Selamat TETAPI…"

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close